Orang Kaya Kedekut
Tersebutlah kisah seorang
lelaki kaya bernama Kelana. Dia tinggal di sebuah pulau. Dia berniaga di
pelabuhan.
Kelana sangat kedekut
orangnya. Dia tidak pernah memberi sedekah atau bantuan kepada sesiapa pun. Kelana
akan menghalau setiap fakir miskin yang datang meminta sedekah.
Pada suatu hari, Kelana
mendapat tahu ada sekumpulan perompak sedang bermaharajalela di pulau itu.
Kelana bimbang mendengar berita ini. Dia hendak menyembunyikan peti-peti
wangnya.
Kelana mahu membawa lari
semua peti wangnya. Perompak sudah tentu tidak dapat mengambil wangnya.
Kelana membawa isteri dan
anak-anaknya serta peti-peti wangnya ke kapal. Mereka hendak berlayar menuju ke
negeri lain. Sewaktu kapal itu berlayar di tengah laut, tiba-tiba angin kencang
bertiup. Semua orang di dalam kapal berasa cemas.
“Apa kita nak buat sekarang?”
tanya Kelana.
“Kita buang saja kesemua
peti tuan yang berat ni ke dalam laut,” kata nakhoda kapal.
“Memang benar kata nakhoda
tu bang. Buang saja peti-peti wang itu. Kalau tidak kita akan tenggelam,” kata
Kuntum, isteri Kelana.
Kelana tidak bersetuju.
“Yang mana Tuan Kelana sayang,
nyawa Tuan Kelana bersama isteri dan anak-anak atau peti-peti wang ini?” tanya
nakhoda.
Melihat kapal hendak karam,
mahu tidak mahu peti-peti wang itu terpaksa dibuang ke dalam laut. Kapal itu
kemudian jadi ringan dan akhirnya mereka selamat sampai ke pantai negeri yang
dituju.
No comments:
Post a Comment