Siapa Lebih Bijak?
Pada
zaman dahulu, ada seorang pengembara bernama Mat Lawi. Pada suatu hari, dia
tiba di Kampung Manggis. Di kampung itu ada dua orang pemuda nakal bernama
Hasan dan Husin. Mereka berkawan baik.
“Itu
nampaknya orang luar. Mari kita kenakan dia” kata Hasan apabila ternampak Mat
Lawi. “Kita ajak dia lawan bercerita. Kalau dia kalah, kita boleh dapat semua
wangnya,” kata Hasan lagi.
“Kalau
kita pula yang kalah?” tanya husin.
“Ah,
tak kan kita kalah! Kita boleh kalahkan dia,” kata Hasan.
Mereka
berdua pun menghampiri Mat Lawi.
“Kalau
pak cik boleh bercerita tapi kami mengatakan cerita itu bohong, pak cik dikira
menang. Kami sanggup melakukan apa sahaja yang pak cik suruh,” kata Hasan.
“Kalau
pak cik kata cerita kami bohong, kami pula dikira menang. Pak cik kena serahkan
semua wang pak cik kepada kami,” kata Husin.
Mat
lawi berfikir sebentar. Kemudian dia berkata: “Baiklah, saya setuju.”
“Sekarang
saya bercerita dulu,” kata Hasan.
“Waktu
ibu mengandungkan saya, ibu mengidam hendak makan buah nangka. Saya pun keluar
dari perut ibu lalu pergi membeli nangka. Nangka itu saya bawa pulang dan
berikan kepada ibu,” kata Hasan.
Mat
Lawi berfikir sebentar, kemudian menjawab:”Ya, cerita itu benar.”
“Baiklah,
cuba dengar cerita saya pula,” kata Husin.
“Semasa
berumur seminggu, saya turun ke tanah dan masuk ke dalam hutan. Saya bertemu
seekor harimau yang besar. Saya segera melompat ke atas tengkuk harimau itu
lalu mematahkan tengkuknya. Boleh pak cik percaya cerita saya ini?” tanya
Husin.
“Ah,
memang boleh dipercayai!” jawab Mat Lawi. Hasan dan Husin mula berpeluh!
“Sekarang
giliran saya pula bercerita,” kata Mat Lawi.
“Tidak
lama dahulu, ada dua orang pemuda menjadi hamba di rumah saya. Baru-baru ini
mereka lari dari rumah saya. Saya mengembara ke sini kerana mencari merekalah. Rupa-rupanya
mereka lari ke kampung ini. Mereka itu kamu berdualah!”
“Pak
cik bohong. Kami tak pernah jadi hamba pak cik!” kata Hasan.
“Ha…ha…ha…!
Kamu mengaku yang cerita saya ini bohong. Kamu berdua sudah kalah. Sekarang kamu
mesti ikut saya pulang ke rumah menjadi hamba semula!” kata Mat Lawi.
“Oh,
janganlah begitu pak cik. Kasihanilah kami pak cik,” rayu Hasan dan Husin.
“Mana
boleh! Kamu sendiri yang berjanji begitu tadi,” kata Mat Lawi.
“Maafkanlah
kami pak cik,” rayu Husin pula.
“Saya
percaya, kamu berdua ini memang nakal dan sombong. Kamu mesti berjanji akan
mengubah sikap. Barulah saya maafkan,” kata Mat Lawi.
“Baik
pak cik. Kami berjanji tidak akan buat nakal lagi,” kata Hasan dan Husin.
Mereka
berdua pun pergi dari situ dengan perasaan malu.
No comments:
Post a Comment